Sejarah Internet Explorer

Fail:Internet Explorer 3.0 banner.gifInternet Explorer 3.0.1 untuk Windows 3.1.

Projek Internet Explorer bermula pada tahun 1994 oleh Thomas Reardon,[2] kemudian dipimpin oleh Benjamin Slivka,[3][meragukanbincang] mencungkil kod sumber dari Spyglass, Inc. Mosaic, sebuah pelayar web komersil awam yang berhubungan dengan pelayar Mosaic NCSA. Pada akhir tahun 1994, Microsoft melesenkan Spyglass Mosaic dengan dikenakan bayaran yuran suku tahun serta seperatusan hasil bukan Windows Microsoft untuk perisian berikut. Walaupun namanya seruppa dengan NCSA Mosaic, namun Spyglass Mosaic berjimat-jimat menggunakan kod sumber NCSA.[4]

Fail:Internet Explorer 1.0.pngInternet Explorer 1

Internet Explorer

Rencana utama: Internet Explorer 1

Internet Explorer 1 lahir pada 16 Ogos 1995, sebagai sebentuk pembaharuan Spyglass Mosaic yang dilesenkan oleh Microsoft dari Spyglass Inc, disertakan dengan perisian Microsoft Plus! untuk Windows 95 dan keluaran OEM Windows 95. IE1 dipasang sebagai sebahagian Internet Jumpstart Kit dalam Plus!.[5] Pasukan Internet Explorer bermula dengan enam orang pada peringkat pembangunan awal.[6][7] Internet Explorer 1.5 dikeluarkan beberapa bulan kemudian untuk kegunaan Windows NT dan menambahkan sokongan untuk pemaparan jadual asas. Apapun, dengan menyertakan IE1 secara percuma ke dalam OS-nya, maka tiada perlunya membayar royalti kepada Spyglass Inc., sehingga Microsoft dikenakan tuntutan mahkamah dan terpaksa melangsaikan berjuta-juta dolar.

Internet Explorer 2

Rencana utama: Internet Explorer 2

Internet Explorer 2 dikeluarkan untuk Windows 95, Windows NT 3.5, dan NT 4.0 pada 22 November 1995 (menyusuli beta 2.0 pada Oktober), bercirikan sokongan untuk SSL, kuki, VRML, RSA, dan kumpulan berita Internet. Versi 2 juga merupakan keluaran pertama untuk Windows 3.1 dan Macintosh System 7.0.1 (Januari 1996 untuk PPC; April 1996 untuk 68k).[8] Versi 2.1 untuk Mac keluar pada Ogos 1996, ketika Windows baru menerima versi 3.0. Versi 2 disertakan dalam Windows 95 OSR 1 dan Internet Starter Kit for Windows 95 pada awal tahun 1996,[9] terdapat dalam 12 bahasa termasuk Inggeris tetapi berkembang kepada 24 untuk Windows 95, 20 untuk Windows 3.1, dan 9 untuk Mac pada April 1996.[10] Versi 2.0i menyokong set aksara dua bait.[10]

Bahagian pasaran Internet Explorer, 1994–2009

Internet Explorer 3

Rencana utama: Internet Explorer 3

Internet Explorer 3 keluar pada 13 Ogos 1996, lalu menjadi lebih laris berbanding versi terdahulunya. IE3 dibangunkan tanpa kod sumber Spyglass, namun masih menghargai "teknologi" Spyglass dalam dokumentasinya. Internet Explorer 3 ialah pelayar web utama pertama yang menyokong CSS, tetapi separa-separa sahaja. IE3 juga disediakan sokongan untuk kawalan ActiveX, aplet Java, multimedia, dan sistem PICS untuk metadata kandungan. Versi 3 turut diberkaskan dengan Internet Mail and News, NetMeeting, dan satu versi awal Windows Address Book, begitu juga disertakan dalam Windows 95 OSR 2. Versi 3 terbukti menjadi versi Internet Explorer terawal yang cukup popular, hinggakan lebih diberi perhatian teliti. Beberapa bulan selepas dikeluarkan, para penyelidik dan penggodam menemui beberapa kerentanan keselamatan dan privasi. Versi IE ini merupakan versi pertama yang berlogo 'e biru'.[11] Pasukan Internet Explorer terdiri daripada kira-kira 100 orang dalam tiga bulan pembangunan IE3.[6] Kebocoran besar utama IE yang terawal, iaitu Princeton Word Macro Virus Loophole, ditemui dalam IE3 pada 22 Ogos 1996.[12] Keserasian ke belakang tersedia dengan membolehkan pengguna yang menatar ke IE3 masih menggunakan IE dahulu, kerana proses pemasangan menukarkan versi terdahulu ke direktori yang berasingan.[13]

Internet Explorer 4

Rencana utama: Internet Explorer 4

Internet Explorer 4 yang keluar pada September 1997, mendalamkan lagi tahap persepaduan antara pelayar web dan sistem pengendalian yang menampungnya. Pemasangan versi 4 dalam komputer Windows 95 atau Windows NT 4 diikuti pilihan Windows Desktop Update menyebabkan Windows Explorer lama diganti oleh versi yang seakan-akan pelayar web, di samping desktop Windows disepadukan dengan web melalui Active Desktop. Bagaimanapun, persepaduan Windows ini dikritik atas sebab pembungkusannya (lihat United States v. Microsoft). Pilihan ini tiada lagi dengan pemasang Internet Explorer selanjutnya tetapi tidak ditanggalkan dari sistem jika sudah dipasang. Internet Explorer 4 memperkenalkan sokongan untuk Polisi Kumpulan yang membolehkan syarikat menyusun dan menetapkan pelbagai aspek konfigurasi pelayar. Internet Mail and News digantikan dengan Outlook Express, sementara disertakannya Microsoft Chat dan NetMeeting yang diperbaharui. Versi ini juga disertakan dalam Windows 98. Adanya ciri-ciri baru yang membolehkan pengguna menyimpan dan menerima pesanan dalam bentuk komen yang masih tidak digunakan hari ini. Internet Explorer 4.5 menawarkan ciri-ciri baru seperti penyulitan 128-bit yang lebih mudah, di samping banyak mempertingkatkan kestabilan berbanding versi sebelumnya, khususnya versi 68k yang kerap tersekat tiba-tiba.[14][15][16]

Internet Explorer 5

Rencana utama: Internet Explorer 5

Internet Explorer 5 yang dilancarkan pada 18 Mac 1999, lalu disertakan dalam Windows 98 Second Edition dan diberkaskan dengan Office 2000, merupakan satu lagi keluaran penting yang menyokong teks dwiarah, aksara rubi, XML, XSLT dan keupayaan menyimpan laman web dalam format MHTML. IE5 diberkaskan bersama Outlook Express 5. Begitu juga, dengan keluaran Internet Explorer 5.0, Microsoft mengeluarkan versi pertama XMLHttpRequest yang melahirkan Ajax. Internet Explorer 5.01, iaitu versi pembaikian pepijat, dikeluarkan pada Disember 1999 dan juga disertakan dalam Windows 2000, disusuli Internet Explorer 5.5 pada Julai 2000 yang diperbaiki keupayaan pratayang hasil cetekan, sokongan piawaian CSS dan HTML, dan API pembangun; versi ini diberkaskan dengan Windows Me. Version 5.5 juga disertakan sokongan untuk penyulitan 128-bit. Namun begitu, IE5 ialah versi terakhir untuk Mac dan UNIX. Versi 5.5 ialah versi terakhir yang dilengkapi Compatibility Mode (Mod Keserasian) yang membolehkan Internet Explorer 4[17] dijalankan bersama dengan 5.x.[11][18] Pasukan IE terdiri daripada lebih seribu orang pada tahun 1999, dibiayai US$100 juta setahun.[6][7]

Bahagian Pasaran pada Oktober 2008[19]
IE4 - 0.01%
IE5 - 0.20%
IE6 - 37.01%

Internet Explorer 6

Rencana utama: Internet Explorer 6

Internet Explorer 6 keluar pada 27 Ogos 2001, beberapa bulan sebelum Windows XP, menyertakan peningkatan DHTML, bingkai sebaris terbatas kandungan, dan sokongan separa CSS tahap 1, DOM tahap 1 dan SMIL 2.0.[20] Enjin MSXML juga ditingkatkan ke versi 3.0. Ciri-ciri baru yang lain termasuk versi baru Internet Explorer Administration Kit (IEAK), bar media, penyepaduan Windows Messenger, pengumpulan kerosakan, penukaran saiz imej automatik, P3P, dan penampilan baru yang seiringan dengan gaya visual Luna dalam Windows XP. Internet Explorer 6.0 SP1 menawarkan beberapa peningkatan keselamatan dan bersesuaian dengan keluaran tampung XP SP1. Pada tahun 2002, protokol Gopher dimatikan dan tidak disokong lagi oleh Internet Explorer 7.[21] Internet Explorer 6.0 SV1 [22] keluar pada 6 Ogos 2004 untuk Windows XP SP2 dan menawarkan pelbagai peningkatan keselamatan dan butang warna baru pada antara muka pengguna. IE6 memperbaharui logo 'e biru'-nya kepada wajah 3D biru cerah.[11] IE6 ditamatkan hayatnya pada 13 Julai 2010.[23]

Internet Explorer 7

Rencana utama: Internet Explorer 7

Internet Explorer 7 keluar pada 18 Oktober 2006, disertakannya pembaikan pepijat, peningkatan sokongan piawaian web, pelayaran bertab dengan pratayang dan pengurusan tab, kotak carian pelbagai enjin, pembaca suapan web, sokongan IDN, sokongan Sijil Pengesahan Diperluas (Extended Validation Certificate), dan penapis anti-phishing. Dengan IE7, Internet Explorer telah dinyahgandingkan dari Windows Shell - berbeza daripada versi-versi terdahulu, kawalan ActiveX Internet Explorer tidak dihoskan dalam proses Windows Explorer, sebaliknya berjalan dalam proses Internet Explorer yang berasingan. IE7 disertakan dengan Windows Vista dan Windows Server 2008, dan juga tersedia untuk Windows XP Service Pack 2 dan selanjutnya, serta Windows Server 2003 Service Pack 1 dan selanjutnya. Keluaran asal Internet Explorer 7 memerlukan komputer meluluskan semakan pengesahan Windows Genuine Advantage sebelum dipasang, tetapi pada 5 Oktober 2007, Microsoft menanggalkan keperluan ini. Mengikut sesetengah statistik, pada pertengahan tahun 2008, Internet Explorer 7 melebihi Internet Explorer 6 dari segi bahagian pasaran di sesetengah tempat.[24]

Internet Explorer 8

Rencana utama: Internet Explorer 8

Internet Explorer 8 keluar pada 19 Mac 2009, setelah dibangunkan sejak Ogos 2007 selewat-lewatnya.[25] Pada 5 Mac 2008, keluaran beta awam pertama (Beta 1) dikeluarkan kepada pengguna awam,[26] diikuti keluaran beta awam kedua (Beta 2) pada 27 Ogos 2008.[27] IE8 disokong dalam Windows XP SP2 dan SP3, Windows Server 2003 SP2, Windows Vista, Windows 7 dan Windows Server 2008 (32-bit dan 64-bit).[28] Internet Explorer 8 (IE8) RC1 keluar pada 26 Januari 2009. Internet Explorer 8 "Final" keluar pada 19 Mac 2009. Keselamatan, kemudahan penggunaan, dan peningkatan sokongan RSS, CSS, dan Ajax merupakan keutamaan Microsoft untuk IE8,[29][30] merangkumi kepatuhan yang lebih tegas kepada piawaian, termasuk perancangan kepatuhan CSS 2.1 sepenuhnya untuk keluarannya.[31] Segala perubahan ini membolehkan IE8 lulus dalam ujian Acid2.[32] Bagaimanapun, untuk mengelakkan masalah keserasian, IE8 turut disertakan paparan gaya IE7. Laman-laman yang dijangka lebih bagus disokong oleh IE7 boleh mematikan perubahan mendadak IE8 dengan menyertakan unsur meta di bahagian HEAD dalam dokumen HTML-nya. IE8 turut banyak meningkatkan sokongan JavaScript dan juga prestasi[31], tetapi tidak lulus dalam ujian Acid3, iaitu versi 8.0 mencatat 20/100 markah. IE8 menyediakan sokongan untuk Accelerators yang membenarkan pembukaan aplikasi web tanpa perlu mengemudi kepadanya, dan WebSlices yang membolehkan sebahagian halaman dilanggani dan dipantau dari Favorites Bar yang diperbaharui.[31] Ciri-ciri lain termasuk ciri-ciri privasi InPrivate, dan penapis pemancing data SmartScreen.[33]

Internet Explorer 9

Internet Explorer 9 Beta Awam dijalankan pada Windows 7
Rencana utama: Internet Explorer 9

Internet Explorer 9, kini sedang dibangunkan, akan mempunyai sokongan lengkap atau separa bagi kesemua pemilih CSS 3, sifat jejari sempadan CSS 3, JavaScript lebih pantas, profil warna ICC terbenam v2 atau v4, serta rendering pemecutan perkakasan menggunakan Direct2D dan DirectWrite. Microsoft telah mengumumkan bahawa Web Open Font Format (WOFF) juga akan disokong.[34] WOFF merupakan "kegemaran kuat" bagi penyeragaman oleh Kumpulan Bekerja Fon Web bagi W3C.[35]

Microsoft terus menumpukan kepada kepentingan melepasi ujian Acid3,[36]tetapi spekulasi bahawa IE9 akan menyokong SVG yang disyorkan oleh W3C tercetus apabila Microsoft mengumumkan bahawa mereka telah menyertai Kumpulan Bekerja SVG.[37]Di MIX 10, Paparan Pelantar IE9 pertama dilancarkan, yang menampilkan sokongan CSS3 dan SVG, enjin JavaScript baharu dipanggil called Chakra, serta markah 55/100 bagi ujian Acid3, naik daripada 20/100 bagi IE8. Pada 5 Mei 2010, Paparan Pelantar kedua IE9 dilancarkan, yang menampilkan markah 68/100 bagi ujian Acid3 serta prestasi lebih pantas pada ujian prestasi WebKit SunSpider JavaScript berbanding Paparan Pelantar pertama IE9. Pada 23 Jun 2010, Paparan Pelantar ketiga IE9 dilancarkan, dengan markah 83/100 bagi ujian Acid3 serta memperkenalkan sokongan bagi unsur <audio>, <video>, dan <canvas> serta WOFF. Pada 4 Ogos 2010, Paparan Pelantar keempat IE9 dilancarkan, yang menampilkan markah 95/100 bagi ujian Acid3 serta enjin JavaScript yang lebih pantas daripada Paparan Pelantar ketiga IE9. Binaan terakhir IE9 dijangkakan akan dilancarkan pada tahun 2011. Sokongan tag audio dan video HTML5 turut dijanjikan.[38][39]Beberapa pakar industri meramalkan bahawa Microsoft akan melancarkan IE9 sebagai versi luar jalur utama yang tidak terikat pada mana-mana versi Windows.[40]Menurut laman Pandu Uji Internet Explorer 9, keperluan sistem bagi IE9 ialah Windows Vista SP2 (dengan Naik Taraf Pelantar dan IE8) atau Windows 7.[41]Pada 12 Ogos 2010, Microsoft mengumumkan bahawa IE9 Beta Awam akan dilancarkan pada 15 September 2010 semasa satu acara khas di San Francisco yang dipautkan pada idea 'kecantikan web.'[42] Adalah disahkan bahawa pelayar ini hanya akan berfungsi pada Windows Vista dan Windows 7.[43] On September 15, 2010, Microsoft launched the IE9 Public Beta.[44]

Internet Explorer 10

Rencana utama: Internet Explorer 10

Internet Explorer 11

Rencana utama: Internet Explorer 11

Rujukan

WikiPedia: Internet Explorer http://arstechnica.com/news.ars/post/20070502-micr... http://www.axistive.com/smil-standards-and-microso... http://www.beautyoftheweb.com/invitation/ http://www.blooberry.com/indexdot/history/netscape... http://www.codedread.com/svg-support.php http://www.engadget.com/2010/08/12/internet-explor... http://biztech.ericsink.com/Browser_Wars.html http://www.ericsink.com/Browser_Wars.html http://gopher.floodgap.com/gopher/gw?gopher.floodg... http://marketshare.hitslink.com/browser-market-sha...